holaaaa..nothing much to say..cuma nk wish hepy anniversary yg ke-4 thn to me myself n to my dearie luvly hubby..

Pasangan yang bercinta, mereka mencari syurga. Mencari bahagia dan kepuasan santapan jiwa. Biar runtuh awan di langit, biar gegar di lantai bumi, lautan api sanggup direnangi. Itulah kuasa cinta. Tiada insan yang sengaja mencari derita. Seperti ikan mencari air, si dahaga mendamba seteguk minuman, mata mengantuk mencari bantal, demikianlah setiap insan mengerumuni cinta Pengorbanan yang ditawarkan demi sebuah cinta, yang menjanjikan bahagia dan semestinya setiap insan berhak untuk menikmatinya..
Cinta?? Pelbagai persepsi yang boleh diungkapkan disini. Tapi bagi aku cinta adalah sebuah keajaiban. Ianya terdetik pada hati setiap insan. Semua orang berpeluang untuk merasakannya. 2hb Disember 2010 genaplah usia perkahwinan aku untuk tahun keempat. Dengan kehadiran seorang puteri, segalanya sempurna dan amat membahagiakan. Tetapi lumrah sebuah perkahwinan, sedangkan lidah lagi tergigit, ianya asam garam yang membuatkan aku lebih mengenali sang kekasih..
Perkenalan kami tidak disengajakan. Internet menjanjikan segalanya. Lucu kalau nak bercerita tentang detik terindah itu. Tapi hakikat yang senantiasa tidak terjangka, jodoh pertemuan di tanganNya. Selama tiga tahun kami bertentang mata semasa masing-masing memenuhi tuntutan mencari ilmu, tapi tak sekelumit ayat pun keluar untuk menegur antara satu sama lain. Sang kekasih seorang yang agak pendiam sedangkan aku sibuk memikirkan perkara yang lebih penting. Masa berlalu, dan terus laju meninggalkan kami. Masing-masing terpisah untuk mencari erti sebuah kehidupan..
Pahit manis, jerih getir mendewasakan kami. Masing-masing mempunyai masa lalu yang tidak perlu dikenang. Mungkin kami memang diciptakan untuk bersama. Setelah sekian lama, sebuah pertemuan tak diduga. Tak terdetik untuk aku menjadi pemaisuri di hati sang kekasih. Tapi lumrah insan perlukan teman, bisikan hati jadi penentu. Sebagaimana hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri adam yang dekat dengan hatinya untuk disayangi. Sesingkat perkenalan begitu jua persediaan kami menempuh alam rumahtangga, dan ianya kekal hingga ke saat ini. Begitulah cerita cinta aku yang penuh keajaiban..
Kami akan terus melayari alam rumahtangga ini dengan penuh keikhlasan.Memohon agar senantiasa dirahmati dan keredhaan menghiasi perjalanan bahtera ini. Semoga cinta dan kasih kami akan dipayungi barakah dariNya. Kejayaan hari ini bukan sebuah destinasi, tapi perjalanan yang masih panjang untuk ditempuhi. Semoga lafaz perjanjian kami yang bernama perkahwinan akan bertitik nokhtah hingga ke syurga. Amin..
‘We don’t live in this world to find the perfect person to love, but to learn & to love an imperfect person in a perfect way’